Cob cottage antara DOC campsite yang sangat cantik dan bersih. Di sini juga kemudahannya sangat basic seperti toilet dan bekalan air. Terdapat banyak aktiviti yang boleh saya lakukan di sini antaranya hiking, trekking atau duduk rileks2 sahaja kerana view di sini sangat cantik.
Disebabkan saya tidak ada due date untuk trip berbasikal di New Zealand, jadi saya mengambil keputusan untuk tinggal 2 malam di Cob Cottage untuk melihat keindahan yang ada di sekeliling. Cob cottage agak sunyi dan tidak ramai pengunjung jadi saya dapat mendirikan khemah dan masak di mana-mana yang saya suka dengan view banjaran gunung yang indah.